![]() |
| Add caption |
Produk berasal dari USA ini boleh dikatakan antara yang mahal dalam ranking mixer. Purata harga di Malaysia adalah 2K ke atas. Walaubagaimanapun terdapat beberapa sahabat kita yang biasa berurusan dengan amazon atau yang sewaktu dengannya boleh mendapat harga yang istimewa iaitu kurang dari 2K.
Dalam pening-pening lalat nak buat pilihan tu, sahabat-sahabat perlu tengok speksifikasi antaranya rekabentuk KA didatangkan dalam 2 bentuk amnya iaitu Profesional dan juga Artisan. Bagi yang Profesional ia juga di kenali sebagai KA heavy duty seperti contoh KitchenAid® 7 Qt Bowl Lift NSF Commercial Stand Mixer with 1.3 HP Motor (Model: KSM7990WH ) dan Pro Line® Series | Bowl-Lift Stand Mixer | 575 Watts (Model: KL26M8XOB) dan juga Professional 600™ Series | Bowl-Lift Stand Mixer | Flour Power™ Rating - 14 Cup (Model: KP26M1XWH.
Wattage bagi model ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan model artisan supaya ia berpadanan dengan keupayaan mengendali dough atau aduanan dalam kuantiti yang banyak dengan saiz bowl 7 Qt dan juga 6 Qt. Dari segi warna pula, model ini agak terhad pilihannya. Kebanyakan model ini direkabentuk dengan bowl-lift.
Artisan pula adalah model yang seksi dan kecil sedikit dengan pilihan warna yang banyak. Warna-warna yang sungguh menarik membuat sahabat-sahabat akan jadi tamak atau pening sekejap. Model ini terdapat dalam bentuk 4.5 Qt dan 5 Qt sahaja dengan wattage motornya adalah 325. Kebanyakan model ini direkabentuk dengan kepala boleh diangkat atau 'tilt-head'.
Harga bagi heavy duty aka profesional aka bowl-lift adalah mahal sedikit jika dibandingkan dengan model artisan aka tilt head.
Semua produk KA yang dari diorder/dibeli dari US perlu kepada transformer memandangkan arus voltage yang dipakai oleh negara Malaysia tinggi berbanding dengan US iaitu 110 v sahaja. Ada sahabat blogger beli step-down transformer untuk convert/kurangkan voltage supaya voltage tinggi tersebut tidak merosakkan motornya. Harga transformer pun boleh tahan juga, puratanya RM100-200. Cecuba tanya cik abang tersayang pasal transformer ni untuk info lebih lanjut.
Sahabat-sahabat juga harus ingat bahawa belian KA atau barangan USA yang telah dibawa keluar dari negara mereka, kebiasaan waranti produk tidak terpakai lagi. Oleh yang demikian, bak kata pepatah kena berani berumah di tepi pantai la ye. Agen lantikan KA di asia hanyalah di Singapura. Di Malaysia, ada juga kedai bakeri yang jual terutama di Kuala Lumpur. Hari tu fg tengok display kat bakery Ipoh harga KA RM 2800. Kusssssss semangat.
Semua ulasan di atas adalah berdasarkan bacaan fg. Untuk informasi lanjut, sahabat2 boleh rujuk terus kepada yang Pakar KA iaitu Mr http://www.kitchenaid.com/flash.cmd?/#/category/230/
p.s.: fg sendiri pun tengah angau pasal Mr KA ni..

terima kasih atas informasi yg berguna ini...sy pong sedang mencari kitchenaid, tp nak harga murah...he..he
ReplyDelete