Wednesday 13 June 2012

Biodata Nabi Muhammad S.A.W

Doa Hilang Stress Dan Tekanan

Siapa Wanita Cantik?

Salinan daripada facebook

Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

Halal Dan Haram

Doa

Ibubapa VS Anak

Sunday 10 June 2012

Buku Vs Runsing

Gara-gara nak hilangkan runsing, FG ke Pustaka Seri Intan layan perasaan. Dapat ni buat pengubat hati.

                                 RM 8.50                             RM 19.00        




RM 14.50

Kasih Sayang

Rasa sangat susah hati dengan ujian yang Allah bagi. Bak kata cubit paha kanan terasa paha kiri.

Nak pujuk hati dengan kata - kata hikmah

Begitulah dengan ujian-ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan. Kita inginkan kejayaan, Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? 

Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita. Ujian Allah umpama ‘rotan ibu’ kepada anaknya yang degil. Ibu merotan kesah kasih sayang, Allah lebih-lebih lagi…kerana kasih sayang Allah jauh lebih tinggi, lebih murni daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Sayangnya, kita hamba yang ‘buta’. Kita tidak nampak di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu adalah kasih sayang jua.

Alahai.... ratib pada yang Esa.

Tuesday 17 April 2012

Matahati



Matahati yang dikurniakan Allah SWT 
berperanan menjadi penyelamat yang memiliki kekuatan tembus pandang
 dalam mendeteksi yang hak dan batil. 

Hal ini pernah disabdakan oleh baginda SAW: 

“Mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan itu adalah apa-apa yang tenteram pada jiwa dan tenteram pula hati. Dan dosa itu adalah apa-apa yang syak dalam jiwa dan ragu-ragu dalam hati.”

Monday 16 April 2012

Hati

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Mengambil hanya sedikit ulasan dari penulisan penuh Dr. Juanda Jaya di http://drjuanda.com/?p=1026

 Pertanyaan yang paling mahal dan bernilai bagi seorang mukmin ialah: “Apakah aku telah kehilangan hati suciku hari ini?”  

Mengapa? 

Kerana hati menjadi asas segala sesuatu yang bernama kehidupan. Hidup ini tidak akan bermakna tanpa hati yang hidup. Jika hati mati maka semua amalan akan menjadi tempang, kerja-kerja mengejar dunia akan mengaburi pandangan ke akhirat dan ibadat pula hilang kemanisannya. 

Fokus utama hati hanya akan terarah untuk memenuhi kehendak nafsu, padahal ia diciptakan untuk sentiasa memandang keagungan Tuhannya, menerima hidayah dan kemudian mengawal semua gerak kerja seluruh anggota badan semata-mata untuk keredaan Allah Taala.

 

Berhutang

Firman Allah swt: 

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya).”(Q.S. An-Nazia’at 40- 41.)

Moral: 
"Kejarlah Akhirat, nescaya Dunia akan mengikut mu"

Imperial red


Like Yuna Said

Every single photo have their own song story
The story quoted at  April 16, 2012
Travel by bus
Pick up by MrGH
From Melawati
To Kelantan
Happy ending story




Alfatihah

Abe Mad sepupu fg aka Che Hashim Bin Che Min meninggal pada 16.4.2012 (Isnin pada pukul 4.15 pagi). Komplikasi sakit buah pinggang.

Sunday 15 April 2012

Mengapa hajat kita tidak menepati kehendak Allah?

Mengambil intipati daripada tulisan Dr Juanda bertajuk Mengapa hajat kita tidak menepati kehendak Allah?

Profesor Harun Yahya tentang sains yang menguatkan akidah menyatakan: 
  • ”Tidak ada sekecil apapun peristiwa dalam hidup ini terjadi secara kebetulan. Hidup dan nasib nampak kelihatan tidak teratur, misteri, hebat dan kontradik, namun setiap elemennya adalah merupakan sistem keteraturan daripada sebuah reka bentuk holistik yang sempurna. Ini adalah fakta penciptaan yang tidak dapat disangkal.” 
  • Di dalam keserabutan antara keuntungan dan kerugian, nikmat dan siksa, sakit dan sihat, miskin dan kaya, iman dan kufur, semuanya itu berjalan sesuai senario yang Maha Pencipta untuk menggembeling jiwa manusia menjadi tangguh dan bermutu. 
  • Semua yang terjadi pada diri kita adalah baik belaka kerana ia adalah pilihan Allah yang lebih mengetahui yang terbaik untuk kita jalani. Siapakah kita yang mahu mempersoalkan kenapa Engkau tidak mengabulkan doaku wahai Tuhan? 
Rugi sungguh jika semua hajat di dunia terus dimakbulkan oleh Allah Taala, kerana di akhirat nanti tidak tersisa sedikitpun untuk dinikmati. Yang mana pilihan anda? 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Tiada seorang muslim menderita keletihan, penyakit, kesusahan hati, hingga duri tajam yang meunusuk dan mengganggunya, melainkan semua itu akan menjadi penebus bagi dosa-dosanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • jika anda tidak pernah sakit, susah dan merana. Mesti anda merasa diri anda sempurna dan tidak berdosa. Padahal ramai manusia yang tenggelam dalam zon keselesaan, cuai dan tidak waspada terhadap kejahatan dirinya sendiri. Dengan datangnya musibah, setidak-tidaknya anda mengingati Allah SWT dan bergantung harap hanya sahaja kepada-Nya, 
  • Bukankah lebih baik kita menerima musibah di dunia daripada menderita siksaan akibat musibah di akhirat?

Saturday 14 April 2012

Anak

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA.

Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?

Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.


Lalu Rasulullah SAW berkata ;Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.
Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.

Kelalaian pertama : Kurang berdoa
A. Kurang berdoa semasa mengandung.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)

B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi)
Ajaran tarhib antara lain seperti :
- menakutkan anak-anak dengan sekolah.
- menakutkan dengan tempat gelap.
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.

Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.
- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).
- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.

Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.

Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra : \"Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.\"

Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : \"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.\"' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.
Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.
Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.

Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.

Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam

Sangat Cantik


Al-Imam Al-Ghazali, beliau telah berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca Al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka pohonkanlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.”

Masalah dan Cabaran Dalam Mendidik Anak

Copy dari blog http://laman-seri.blogspot.com/2008/07/masalah-dan-cabaran-dalam-mendidik-anak.html


“Kalau seorang anak sahaja yang menimbulkan masalah, tak mengapalah. Ini kedua-duanya menimbulkan masalah. Mesti saya seorang ibu yang teruk!” rintih seorang ibu muda mengenai masalah yang dihadapi, mengenai anak-anaknya.

Pernahkah anda mengalami perasaan seperti luahan di atas?

Satu perkara yang perlu difahami, jika seorang ibu menghadapi masalah dalam membesarkan anak-anak, adakah itu petanda dia seorang ibu yang teruk? Adakah seorang ibu yang baik, bermaksud seorang yang tidak dilanda cabaran dalam membesarkan anak-anaknya? Sebenarnya kita perlu faham apakah peranan masalah dan cabaran dalam hidup kita. Mengapa kita perlu didatangi cabaran dan masalah? Mengapa hidup tidak boleh menjadi mudah dan tanpa masalah?

Kita dibesarkan dengan satu tanggapan bahawa bila didatangi masalah atau cabaran, itu adalah petanda buruk. Kita melihat masalah dan cabaran sebagai sesuatu yang amat digeruni. Tetapi sebenarnya sekiranya kita faham peranan kedua-dua ini di dalam hidup kita, itulah jawapan yang boleh menjadikan kita hidup tenang.

Masalah dan cabaran adalah guru kepada kita. Ia datang untuk kita mendapat sesuatu ilmu dan kesedaran. Memang kita boleh mendapat ilmu daripada pembacaan, perbincangan dan yang sepertinya, namum, ilmu yang datang daripada masalah dan cabaran akan menyingkap rahsia siapakah kita di muka bumi ini.

Membersihkan hati

Dengan kata lain, setiap dimensi diri kita akan bertumbuh. Yang dimaksudkan dengan dimensi diri, ialah diri fizikal, intelek, emosi dan spritual. Pertumbuhan ini meningkatkan FQ, IQ, EQ dan SQ kita. Itulah maksudnya, firman Allah yang mengingatkan kita bahawa, “Allah tidak membebankan seseorang itu dengan beban yang diluar kemampuannya.” (sebahagian ayat 286 dari surah al-Baqarah)

Memahami akan maksud ayat ini, kita boleh berlampang dada kerana ini adalah satu jaminan bahawa segala cabaran dan masalah yang datang kepada kita walaupun nampak dan rasa amat hebat dan besar, ia sebenarnya adalah di dalam kemampuan kita untuk menanganinya.

Apabila kita berjaya menanganinya, maka kita akan lihat diri kita menjadi lebih matang, bijaksana dan berhati mulia. Inilah rahsia mengapa masalah dan cabaran wujud di dalam hidup kita. Dari segi diri fizikal, ia menjadikan hidup kita lebih bermatlamat. Contohnya, kita lebih menghargai tubuh kerana inilah satu-satunya tubuh yang menjadi kenderaan kita beroperasi di dalam dunia material ini. Dari segi diri intelek pula, kita menjadi kaya ilmu, lebih matang dan berfikiran luas. Dari segi diri emosi pula, kita menjadi lebih perihatin akan perasaan orang lain. Hati kita mudah berasa kasih dan sayang kepada setiap ciptaan Allah.

Masalah dan cabaran, membersihkan hati kita daripada sifat keangkuhan. Dari segi diri spritual pula, kita menginsafi bahawa setiap apa yang kononnya kita miliki sebenarnya adalah kepunyaan Ilahi. Kita tidak terbelenggu dengan ego kita yang hanya mahu melakukan sesuatu perkara untuk kepentingan diri sendiri semata-mata. Pertumbuhan diri spritual kita membolehkan kita mempunyai kekuatan sebenar kerana niat mengapa kita mahu melakukan sesuatu, apa sekalipun, adalah untuk kebaikan semua ciptaan Allah. Di sinilah kita menunaikan tujuan ciptaan kita iaitu untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini, di mana kita membawa perbezaan di dunia ini.

Kerendahan hati

Kembali kepada isu kita mengenai anak-anak yang menimbulkan masalah. Ingatlah, pada hari anak itu dilahirkan sehinggalah nyawa bercerai daripada badan, kita tetap akan menemui masalah dan cabaran di dalam mendidik dan membesarkan anak. Jika tidak, masakan Allah memberi yang besar kepada ibu dan bapa dalam membesarkan anak-anak.

Seorang bakal ayah telah bertanya yang maksud soalannya lebih kurang begini, “Bagaimana saya boleh menyediakan diri untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak-anak saya?” Tidak ramai bakal ayah yang mempunyai sikap ingin tahu untuk menyediakan diri menjadi ayah kerana kurangnya kesedaran tentang ilmu-ilmu rumahtangga dan keibubapaan dan mempunyai kerendahan hati untuk bertanya demi kepentingan anak-anaknya.

Bakal-bakal ayah dan mereka yang telah menjadi ayah, ketahuilah bahawa sebelum seseorang isteri itu mengandung, anak itu telah dikandungi dahulu dalam Alamul Sulbi. Seperti firman Allah yang bermaksud, “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuban kami), Kami menjadi saksi". (kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya Kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)." (Surah al-A’raaf, ayat 172)

Sel pembiakan jantan atau sperma yang menang dan telah bergabung dengan sel pembiakan betina iaitu ovum, bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah suatu yang telah dipilih tanpa kita sedari, sepanjang proses itu berlaku. Sperma yang paling kuat itu adalah sperma yang membawa niat dan amalan yang paling kuat sepanjang pembentukan sperma itu. Jika niat dan amalan seorang suami itu baik, maka, sperma yang paling baik, yang akan menjadi anak yang solehlah yang telah menang. Jika di sebaliknya, seseorang suami itu tidak menunaikan tanggungjawap dan melakukan masiat dan fasik, maka perbuatan ini amatlah mempengaruhi sperma yang bakal menang. Tidak ramai yang ketahui, bagaimana sikap seorang suami sebelum anak itu dilahirkan juga sudah mempengaruhi janin yang bakal dikandung oleh isterinya.

Rangsang pertumbuhan intelek anak

Inilah perkara pertama, tanggungjawap sebagai seorang suami dan bakal seorang ayah. Memastikan bahawa anak yang bakal lahir itu adalah suci, dengan menyucikan diri. Seterusnya bila mengeluarkan sel pembiakan, pastikan suami meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah terhadap kejahatan syaitan. Jika saat bersama dengan isteri tiada bacaan doa, maka ketahuilah, syaitan yang akan mendahului! Ini amat jelas di dalam hadis-hadis Rasulullah SAW di dalam bab ini. Setelah sel pembiakan bergabung dan membentuk zigot, maka jangan sekali putus berdoa kepada Allah, memohon zuriat yang baik. Beristighfar sekiranya bahagian yang pertama dan kedua telah anda abaikan.

Jaga emosi

Ingatlah, terlalu ramai ibu dan bapa sibuk dengan pertumbuhan fizikal sahaja. Pemakanan, keselesaan fizikal ibu dijaga, pergi berjumpa doktor dan sebagainya, namun keperluan dimensi diri yang tiga lagi tidak begitu dipentingkan. Anak-anak kita bukan tubuh badannya sahaja. Dia juga mempunyai empat dimensi diri yang perlu diseimbangkan pertumbuhannya. Maka carilah jalan bagaimana boleh merangsang pertumbuhan intelek anak, sejak daripada dalam rahim ibunya lagi.

Banyak buku yang boleh dibaca, mudah pula didapati di pasaran. Namun, jangan berhenti di situ sahaja. Anak-anak yang pintar bukan hanya kerana otaknya terangsang, tetapi seorang yang seimbang pertumbuhan dirinya. Maka, pastikan pertumbuhan emosi anak itu sihat. Bagaimana caranya? Dengan memastikan si ibu benar-benar dijaga emosinya. Ketahuilah wahai bapa-bapa, pada masa mengandung ini, seorang wanita itu menjadi lebih sensitif hatinya. Mungkin kerana ketidakstabilan hormon di dalam badannya. Jagalah perasaan isteri. Mungkin anda berasa penat, apa lagi jika si isteri mengidam itu dan ini. Ketahuilah, penat yang anda rasa itu mungkin boleh habis setelah anda berehat. Namun, bagi si isteri pula, ia akan berterusan setiap detik sehinggalah setelah melahirkan dan pantang atau mungkin lebih daripada itu, sepanjang proses nak masih dalam penyusuan.

Sekiranya isteri mengidam, itu bukanlah sesuatu yang dibuat-buat, secara saintifiknya telah membuktikan bahawa ibu itu mengidamkan sesuatu yang diperlukan oleh bayi yang dikandung, untuk membesar dengan baik. Terdapat di dalam buah atau makanan yang diddamkan itu, zat-zat yang diperlukan. Namun, tentulah ini semua menpunyai batasannya. Jika yang diidamkan sesuatu yang haram atau yang pelik-pelik (contoh, kiwi kasut ke...), maka tentulah itu tidak datang daripada yang lain, selain daripada hasutan syaitan.

Bila si suami menjaga isteri itu dan isteri itu berasa amat dikasihi, maka banyak endorfin wujud di dalam badan si ibu dan mengalir ke janinnya. Maka janin ini akan medapat banyak tenaga positif untuk pertumbuhan emosi, intelek dan fizikalnya dengan baik. Tekanan emosi atau trauma akan menyebabkan renjatan emosi yang akan menghasilkan banyak kimia yang mempunyai kesan negatif kepada pertumbuhan fizikal, mental, emosional dan spritual janin itu. Anak-anak ini akan lahir dengan pelbagai masalah psikologi.

Kecemerlangan diri

Dari segi spiritual pula, si ayah boleh menyediakan diri untuk mendidik anak yang bakal lahir nanti dengan perkara-perkara yang membantu anak ini menyedari keistimewaan dan keunikkannya. Si ayah boleh bercakap-cakap dengan bayi itu sejak dalam kandungan ibu lagi tentang betapa istimewanya anak ini. Bacakan ayat-ayat al-Quran atau cerita-cerita yang memberi kesan positif. Ya, walaupun anak itu masih di dalam kandungan. Sebenarnya roh anda dan anak itu amat bertaut.

Setelah anak itu lahir, teruskanlah pentarbiahan. Gunakan surah Luqman sebagai cahaya untuk menerangi anda dalam mengetahui yang mana prioriti dan yang mana tidak. Anak-anak yang rapat dengan ayah mereka terutamanya anak-anak lelaki akan membesar dengan baik. Besar sebenarnya peranan seorang ayah. Mengapa dunia sekarang ini menghadapi banyak masalah terutamanya masalah yang bersabit dengan kanak-kanak, ialah kerana kurang terdapat ayah-ayah yang benar-benar mengambil berat dalam penglibatan diri mereka dalam pendidikan anak-anak. Apa lagi dengan fenomena ibu tinggal yang menjadi satu kebiasaan di zaman sekarang ini.

Sebagai ibu dan bapa, kita perlu ambil berat tentang pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Kecemerlangan diri kita amat bergantung rapat dengan kecemerlangan pendidikan asas yang kita terima. Pembangunan modal insan amat berkait rapat enggan hormat diri individu, dan hormat diri (harga diri) ini pula amat berkait rapat dengan EQ-SQ individu itu sendiri.

Hati individu itu perlu penuh dengan kasih-sayang dan merasa dikasihi. Ia akan menjadi merah menyala dan bercahaya. Individu ini melakukan sesuatu di atas sebab yang paling besar maknanya iaitu untuk kepentingan umat sejagat dan seluruh ciptaan Allah SWT. Hati yang penuh kasih sayang ini pula datangnya daripada hati yang telah menerima kasih sayang tanpa syarat daripada ibu dan ayahnya, sejak kewujudannya di dalam rahiim ibunya lagi. Jika dia gagal menerima ini, tidak bermaksud dia tidak boleh berjaya, namun dia akan melalui lebih banyak kesukaran.

Kecemerlangan modal insan datangnya daripada individu-individu yang berhormat diri tinggi, individu yang mempunyai hati yang penuh kasih-sayang, yang membesar dalam keluarga penuh kasih sayang. Kecemerlangan diri dan keibubapaan cemerlang adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan, seperti kata-kata senaman agung Allahyarham Tan Sri P.Pamlee, “…andai dipisah, lagu dan irama, lemah tiada berjiwa, hampa….”

Sumber: Dr. Rozieta Shaari, Al Advancement of Human Potential

Wednesday 11 April 2012

Cantik lah

"Orang yang bertindak melulu adalah orang yang yang tidak berfikir panjang kerana orang itu adalah orang yang sentiasa rugi"


Sunday 25 March 2012

Stormreaders Fg disini

Kesulitan untuk mendapatkan buku-buku keluaran terkini? Jangan segan ke kedai buku maya saya di http://www.stormreaders.net/fgdisini. Dapatkan naskah buku-buku rujukan . Jom kita membaca.http://www.stormreaders.net/System/eCommerce/index.aspx

Saturday 17 March 2012

Pagi Ahad Yang Indah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Jom kita senyum sebagai sedekah kita pagi ni.

Wednesday 14 March 2012

Sakit Kepala

Hari kepala sangat sakit. Rasa berdenyut-denyut. Mata pun tak boleh nak buka. Macam nak tidur je...Telan ubat dah 3 biji , tapi kepala rasa berat juga. Ermmm nak balikkkkkkkkkk....

Zikir


Banyak tak penting tapi yang penting mesti ikhlas. Jom kita sama-sama.

Monday 12 March 2012

Ipad 3

Mungkinkah ini ipad 3. Ermmmm....mimpi lagi..
Fg terbaca dari bloh hafizamri. Untuk dikongsi info yang menarik



Isi Hati Anak yang Tidak Terucap kepada ibu bapa mereka:
1.  Cintailah aku sepenuh hatimu.
2.  Aku ingin jadi diri sendiri, maka hargailah aku.
3.  Cubalah mengerti aku dan cara belajarku.
4.  Jangan marahi aku di hadapan orang ramai
5.  Jangan bandingkan aku dengan kakak dan adikku.
6.  Ayah-ibu, jangan lupa, aku adalah fotocopimu.
7.  Semakin hari umurku bertambah, maka jangan anggap aku berterusan anak kecil.
8.  Biarkan aku mencuba, beritahu saja bila aku salah.
9.  Jangan membuatku bingung, maka tegaslah padaku.
10.  Jangan suka mengungkit kesalahan-kesalahanku.
11.  Aku adalah ladang pahala bagimu.


Tuesday 6 March 2012

Buku Baru Bulan Mac


Baru  beli semalam. Tak sempat baca lagi. Menarik..

Bersangka Baik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Betapa sukarnya membendung diri dari berprasangka buruk. Betapa sulitnya untuk berfikiran positif bilamana terasa diri dikhianati. Hanya perasaan marah dan benci menguasai diri. Mula ingin menutur perkataan negatif agar perasaan marah dipuasi. Berlalu masa, perasaan menyesal mula menyusul. Fikiran tenang menganalisis, sepatutnya begini, sepatutnya begitu harus kelakuan bertindakbalas. Namun, tidak boleh mengundur kata bak tajam menghiris hati. Terkedu sendirian.

Monday 5 March 2012

Syukur

Sudahkah kita bersyukur pada allah dengan nikmat yang dilimpahkan kepada kita pada hari ini? Alhamdulillah, kalimah yang sepatutnya. Syukurlah atas nikmat yang tidak terhitung dek banyak air di lautan.

fg.: Banyak pengajaran melalui blog http://muhdkamil.org/rozaroslan/

Sunday 4 March 2012

Suamiku kau terukir di bintang


Bak kata Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Mencela

Tahu tak sahabat-sahabat, Nabi Muhamad SAW tidak pernah mencela. Tidak pernah sesekali mencela makanan, orang disekelilingnya, pokok, binatang dan lain-lain.Jadi?, marilah sama-sama kita mencontohi baginda.

DIAM

Hari ni elok juga kalau kita sematkan satu frasa dalam menjalani kehidupan kita. Satu peringatan iaitu DIAM itu adalah perbuatan yang lebih baik dan mulia. Bercakap apabila perlu dan bila kita diminta bercakap. Senangkan...Jom kita amalkan.

Monday 20 February 2012

Menulis Blog

Idea yang ada di kepala tersenarai punyalah panjang tapi bila dah buka tread nak tulis post tapi tak tahu nak tulis apa. Semangat yang berkobar-kobar tetiba hilang dan menurun. Alih-alih baca blog orang saja. Macamana tu?..

fg.: sendiri garu kepala

Saturday 11 February 2012

Kitchenaid Mixer Idaman

Add caption
Cakap sahaja pasal mixer, Kitchenaid Mixer adalah menjadi impian setiap wanita. Ia membuat hati jadi gundah ingin memiliki. Perasaan mengebu, hehehe.. Bagi yang sedang mengintai KA untuk dijadikan suri hati, meh nak cerita sikit perihal KA ni...

Produk berasal dari USA ini boleh dikatakan antara yang mahal dalam ranking mixer. Purata harga di Malaysia adalah 2K ke atas. Walaubagaimanapun terdapat beberapa sahabat kita yang biasa berurusan dengan amazon atau yang sewaktu dengannya boleh mendapat harga yang istimewa iaitu kurang dari 2K.

Dalam pening-pening lalat nak buat pilihan tu, sahabat-sahabat perlu tengok speksifikasi antaranya rekabentuk KA didatangkan dalam 2 bentuk amnya iaitu Profesional dan juga Artisan. Bagi yang Profesional ia juga di kenali sebagai KA heavy duty seperti contoh KitchenAid®  7 Qt Bowl Lift NSF Commercial Stand Mixer with 1.3 HP Motor (Model: KSM7990WH ) dan Pro Line® Series | Bowl-Lift Stand Mixer | 575 Watts (Model: KL26M8XOB) dan juga Professional 600™ Series | Bowl-Lift Stand Mixer | Flour Power™ Rating - 14 Cup (Model: KP26M1XWH.
Wattage bagi model ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan model artisan supaya ia berpadanan dengan keupayaan mengendali dough atau aduanan dalam kuantiti yang banyak dengan saiz bowl 7 Qt dan juga 6 Qt. Dari segi warna pula, model ini agak terhad pilihannya. Kebanyakan model ini direkabentuk dengan bowl-lift.

Artisan pula adalah model yang seksi dan kecil sedikit dengan pilihan warna yang banyak. Warna-warna yang sungguh menarik membuat sahabat-sahabat akan jadi tamak atau pening sekejap. Model ini terdapat dalam bentuk 4.5 Qt dan 5 Qt sahaja dengan wattage motornya adalah 325. Kebanyakan model ini direkabentuk dengan kepala boleh diangkat atau 'tilt-head'.

Harga bagi heavy duty aka profesional aka bowl-lift  adalah mahal sedikit jika dibandingkan dengan model artisan aka tilt head.

Semua produk KA yang dari diorder/dibeli dari US perlu kepada transformer memandangkan arus voltage yang dipakai oleh negara Malaysia tinggi berbanding dengan US iaitu 110 v sahaja. Ada sahabat blogger beli step-down transformer untuk convert/kurangkan voltage supaya voltage tinggi tersebut tidak merosakkan motornya. Harga transformer pun boleh tahan juga, puratanya RM100-200. Cecuba tanya cik abang tersayang pasal transformer ni untuk info lebih lanjut.

Sahabat-sahabat juga harus ingat bahawa belian KA atau barangan USA yang telah dibawa keluar dari negara mereka, kebiasaan waranti produk tidak terpakai lagi. Oleh yang demikian, bak kata pepatah kena berani berumah di tepi pantai la ye. Agen lantikan KA di asia hanyalah di Singapura. Di Malaysia, ada juga kedai bakeri yang jual terutama di Kuala Lumpur. Hari tu fg tengok display kat bakery Ipoh harga KA RM 2800. Kusssssss semangat.

Semua ulasan di atas adalah berdasarkan bacaan fg. Untuk informasi lanjut, sahabat2 boleh rujuk terus kepada yang Pakar KA iaitu Mr http://www.kitchenaid.com/flash.cmd?/#/category/230/

p.s.: fg sendiri pun tengah angau pasal Mr KA ni..

Thursday 9 February 2012

Pasta Maker

Sumber: Blog Galeri Syuhada


Menarikkan. Boleh menolong untuk projek kuih raya tahun ni. Harganya boleh tahan juga. Pelbagai fungsi antaranya buat mee, kuih semperit, tart shells. Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi blog http://syuhadamarketing.blogspot.com. Fg tengah buat kira-kira boleh ke tambah gadjet dapur dengan limited budget. Banyak sangat impian gadjet nak dijadikan suri dapur. Kalau bagitau Encik Gh tentang impian di hati, confirm dapat lecture free je. Hehehe

f.g.: Kehendak yang sukar dipuaskan

Menulis dengan iphone

Terkeluar biji mata fg menenung entry yang ditaip.jenuh nak siap.ditambah dengan tangan-tangan comel, asyik lari dia punya cursor.hehe siap 1 entry kena telan panadol 2 biji gayanya.

f.g.: milik suami jee

Wednesday 8 February 2012

Sos Putih aka White Souce

Sesiapa yang suka makan lasagna pasti tahu perihal sos putih. Tips agar sos putih sahabat menjadi seperti chef-chef master buat adalah dengan memasak terlebih dahulu tepung dengan api yang perlahan. Ratio kebiasaan yang digunapakai untuk sos ini adalah 1 cawan susu fresh/krim bersamaan dengan 1 sudu besar tepung gandum biasa. Kadar kepekatan bergantung kepada sahabat sendiri. Langkah yang selalu fg buat adalah 1 sudu mentega/marjerin di cairkan terlebih dahulu dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau tepung tersebut sehingga larut. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jangan berhenti kacau sehinggalah sos tersebut menepati consistency kepekatan yang dikehendaki.Dengan cara ini sos lebih cepat masak dan pekat.