Hati
Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Mengambil hanya sedikit ulasan dari penulisan penuh Dr. Juanda Jaya di http://drjuanda.com/?p=1026
Pertanyaan yang paling mahal dan bernilai bagi seorang mukmin ialah:
“Apakah aku telah kehilangan hati suciku hari ini?”
Mengapa?
Kerana hati
menjadi asas segala sesuatu yang bernama kehidupan. Hidup ini tidak
akan bermakna tanpa hati yang hidup. Jika hati mati maka semua amalan
akan menjadi tempang, kerja-kerja mengejar dunia akan mengaburi
pandangan ke akhirat dan ibadat pula hilang kemanisannya.
Fokus utama
hati hanya akan terarah untuk memenuhi kehendak nafsu, padahal ia
diciptakan untuk sentiasa memandang keagungan Tuhannya, menerima hidayah
dan kemudian mengawal semua gerak kerja seluruh anggota badan
semata-mata untuk keredaan Allah Taala.
No comments:
Post a Comment